Bacaan IPU Di Pelabuhan Klang Di Tahap Bahaya, Muar Bertambah Baik

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang, Selangor ialah kawasan tunggal di negara ini yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya iaitu 319 pada 5 petang Isnin.

Kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini juga melaporkan Banting di Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan 209.

Sementara itu, Muar, yang diisytihar kawasan darurat jerebu terus menunjukkan perkembangan positif dengan bacaan IPU 125 berbanding 507 yang dicatat petang Ahad.

Sebanyak 22 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 27 sederhana dan satu kawasan iaitu Tawau, Sabah adalah baik.

Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah Seri Manjung (171) dan Tanjung Malim (152) di Perak; Petaling Jaya (196), Shah Alam (171) dan Kuala Selangor (157) di Selangor; Cheras (168) dan Batu Muda (189) di Kuala Lumpur; Putrajaya (156); Nilai (150), Port Dickson (193) dan Seremban (171) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (150) dan Bandaraya Melaka (128) di Melaka.

Tempat lain ialah Larkin (108) di Johor; Kota Baharu (114) di Kelantan; Paka (151) dan Kemaman (197) di Terengganu; Jerantut (123), Indera Mahkota (138) dan Balok Baru, Kuantan (147) di Pahang dan Sibu (106) di Sarawak.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Menurut JAS, Laporan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) di Singapura mendapati bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit NOAA-18 di negara ini semalam adalah sebanyak 173, iaitu di Sarawak sebanyak 168, tiga di Sabah manakala satu titik panas masing-masing di Negeri Sembilan dan Terengganu.

ASMC juga melaporkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia semalam meningkat sebanyak 227 berbanding 118 yang dikesan Sabtu lepas.

Laporan ASMC juga menunjukkan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin tetap dari arah barat daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah dan selatan pantai barat serta pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.

"Asap jerebu yang menyelubungi kawasan selatan Semenanjung sebelum ini didapati telah dibawa oleh pergerakan angin ke utara dan menyebabkan kemerosotan ketara kualiti udara di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor," katanya.

Asap jerebu itu juga telah menjangkau ke kawasan di pantai timur Semenanjung iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dalam pada itu, JAS turut mengisytiharkan seluruh Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka, berkuat kuasa serta-merta.

Larangan sama dikeluarkan Ketua Pengarah Alam Sekitar pada Rabu lepas bagi Selangor, Melaka dan Johor, yang masih lagi berkuat kuasa.

Bagaimanapun, larangan itu tidak termasuk pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan serta gril atau barbeku yang tidak dilakukan di kawasan tanah gambut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan