Kawasan Pulihara Hutan Sabah 15 Kali Ganda Saiz Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sabah kini mempunyai salah satu kawasan pemuliharaan terbesar di negara ini. Keluasannya adalah hampir 15 kali ganda saiz Pulau Pinang.

Kawasan yang berkeluasan lebih daripada 400,000 hektar itu merangkumi tiga usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar di Sabah - Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon.

Sejak beberapa tahun lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah menghubungkan kawasan hutan di kawasan tiga pemuliharaan demi mengklasifikasikan semula yang ditetapkan untuk pembalakan dan aktiviti-aktiviti komersial lain ke kawasan-kawasan yang dilindungi.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata, khazanah itu akan dipulihara apabila Dewan Undangan Negeri meluluskan pindaan Enakmen Hutan 1984 pada Khamis lalu di mana 23,135 hektar hutan diklasifikasikan semula sebagai kawasan perlindungan.

"Kita kini mempunyai kawasan pemuliharaan yang besar, yang benar-benar dilindungi dan tidak boleh diambil," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, kerja-kerja untuk memulihkan kawasan-kawasan yang baru dilindungi sedang dijalankan.

Beliau berkata, ia dahulunya pernah menjadi hutan simpan komersial.

Mannan menambah, pihak pengurusan merancang untuk tempat-tempat seperti Gunung Rara, Ulu Segama dan Hutan Simpan Malua kini dicantikkan.

Beliau berkata, kerja-kerja pemulihan yang terlibat adalah penanaman semula spesies pokok semula jadi di kawasan yang terjejas.

Katanya, hubungan antara hutan Lembah Danum, Imbak Canyon dan Maliau Basin juga penting sebagai sebahagian daripada kawasan-kawasan ini yang merupakan habitat bagi hidupan liar seperti Orang Utan.

Beliau berkata, bahagian kawasan yang terkawal seperti Hutan Simpan Malua juga pernah menjadi sebagai sumber gen bagi spesies tumbuhan asli.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan