Jerebu: Sekolah Di Port Dickson Tutup Isnin

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Semua sekolah termasuk sekolah agama dan tadika di daerah Port Dickson dekat sini ditutup mulai esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai paras bahaya iaitu 304.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad dalam kenyataan ringkasnya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada media, berkata arahan itu dikeluarkan kepada 61 buah sekolah, membabitkan 24,052 pelajar.

Katanya bacaan IPU paras bahaya itu dicatat pada 9 malam Ahad.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Kalsom Khalid ketika dihubungi, berkata semua sekolah di Port Dickson telah dimaklum berhubung perkara berkenaan selepas menerima laporan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

"Kira-kira pukul 8.30 malam JAS memaklum bacaan IPU direkodkan pada 296 dan pukul 9 malam naik sehingga 304 dan kita telah memaklumkan kepada semua sekolah di daerah itu ditutup selaras dengan arahan kementerian," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan