Jerebu: Penduduk Muar, Ledang Perlu Patuhi Sepenuhnya Perintah Darurat - Subramaniam

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata penduduk Muar dan Ledang di Johor perlu mematuhi sepenuhnya perintah darurat bencana jerebu yang diisytiharkan di dua daerah itu pada Ahad bagi mengurangkan risiko kesihatan yang berpunca daripada masalah jerebu.

"Saya minta penduduk pastikan mereka duduk di dalam rumah. Jangan keluar kerana keadaan ini berisiko tinggi kepada kesihatan mereka.

"Ada pelbagai jenis racun dan bahan lain termasuk debu dan zarah atau bahan-bahan yang lebih besar yang kalau disedut boleh menimbulkan masalah khasnya kepada mereka yang mempunyai penyakit berkaitan paru paru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan warga Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, di sini Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengisytiharkan darurat bencana jerebu di dua daerah itu selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan.

Subramaniam berkata, melainkan ada sebab kecemasan, penduduk dua daerah itu perlu sentiasa berada di dalam rumah dan mereka yang mempunyai kemudahan alat pendingin hawa digalakkan menggunakan 'recyling mode'.

Katanya, kementerian akan memantau keadaan jerebu di seluruh negara termasuk dua daerah berkenaan sehingga keadaan kembali pulih dan selamat.

Beliau berkata, semua klinik kesihatan sudah diarah supaya sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan peningkatan bilangan pesakit yang datang mendapat rawatan disebabkan fenomena ini dengan memastikan segala kemudahan mencukupi.

"Di peringkat kementerian, kita ada bilik operasi yang berfungsi dari pagi hingga jam 5 petang setiap hari bagi memantau keadaan kawasan-kawasan terlibat daripada segi kesihatan," katanya.

Mengenai penduduk Muar dan Ledang yang mungkin perlu keluar bekerja, beliau menjelaskan apabila darurat diisytiharkan bermakna majikan perlu menutup sementara operasi termasuk kilang.

Katanya, hanya mereka yang bertugas dengan jabatan berkaitan kecemasan dibenarkan keluar bekerja.

Sementara itu di MUAR, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor, Ismail Mohamed mengingatkan petani dan peladang mematuhi arahan tidak melakukan pembakaran terbuka.

"Harus mematuhi arahan kerajaan agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menjadikan keadaan jerebu menjadi bertambah buruk lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-30 Koperasi KOSPETA (M) Berhad.

Mengenai kebakaran ladang nanas dan kelapa sawit milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 13, Air Hitam di sini beliau meminta petani dan peladang di kawasan terbabit membantu 76 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran di ladang itu yang kini masuk hari keempat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan