Jerebu: Johor Gariskan Sembilan Langkah Segera Susulan Darurat

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Johor menggariskan sembilan langkah segera susulan pengisytiharan darurat bencana jerebu di Muar dan Ledang pada Ahad.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam posting di Facebook beliau berkata, langkah tersebut merangkumi semua premis pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain tempat bekerja.

Sembilan langkah tersebut ialah:

- Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.

- Menentukan semua sekolah ditutup.

- Mengehadkan penggunaan kenderaan persendirian.

- Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.

- Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada media massa dijalankan seberapa kerap.

- Penguatkuasaan pengharaman pembakaran terbuka.

Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan:

- Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya.

- Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat.

- Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.

BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan