IPF Diberi Tempoh Hingga 30 Jun Selesai Kemelut Kepimpinan

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) mempunyai tempoh sehingga 30 Jun ini untuk menyelesaikan kemelut kepimpinannya dan mematuhi notis Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau terbubar secara automatik.

Bekas Timbalan Presidennya R. Ravi Shanker berkata notis itu dihantar ROS kepada pihaknya yang terbabit dalam kemelut perebutan kuasa dengan Datuk M. Sambanthan yang mengaku sebagai presiden sah IPF.

"Kemelut ini perlu diselesaikan segera dan Sambanthan sepatutnya akur dengan permintaan ahli-ahli yang mahukan masalah ini selesai di meja rundingan bukannya membuat keputusan sendiri," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Kemelut IPF bermula pada 2008 sejak kematian pengasas Tan Sri M. G. Pandithan yang menyebabkan parti itu terbahagi dua di antara penyokong isteri mendiang Jayshree MG Pandithan dan M. V. Mathiyalagan.

Masalah semakin meruncing apabila Jayshree yang memangku jawatan presiden parti pada 2010 mengiktiraf Sambanthan sebagai presiden walaupun mesyuarat agung memilih Mathiyalagan.

Mengulas kemelut itu, Ravi Shanker berkata pihaknya telah berusaha mengajak Sambanthan berunding namun tidak diendahkan.

"Hari ini merupakan kali keempat kita memanggil pihak Sambanthan, namun mereka gagal juga hadir dan kita akan terus berusaha untuk menyelesaikan tuntutan ROS di meja perundingan," katanya.

Mengulas notis yang dihantar oleh ROS, Ravi Shanker berkata antara lain IPF diminta mengemukakan senarai pemegang jawatan yang dibuat secara pemilihan pada mesyuarat agung yang sah dan mengemukakan alamat sah sebagai ibu pejabat parti itu kepada ROS sebelum atau pada 30 Jun atau IPF terbubar secara automatik.

Menurut Ravi Shanker pihaknya akan menghantar surat kepada ROS memohon tempoh lanjutan bagi membolehkan kemelut itu diselesaikan di meja rundingan antara pihak yang bertelagah.

IPF, parti kaum India yang ditubuhkan pada 1990 itu merupakan parti yang menyokong Barisan Nasional (BN). -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan