Husam Musa Direman Dua Hari Untuk Siasatan Mengikut Akta Hasutan

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa direman dua hari mulai Ahad untuk siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai 'mati syahid' baru-baru ini.

Perintah tahanan reman sehingga esok itu dikeluarkan Majistret, Nik Habri Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baru di mana Husam ditahan.

Polis membuat permohonan untuk menahan reman Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor melalui Pegawai Penyiasat ASP Noland A/L Janah.

Husam, 54, ditahan pada 4 petang Sabtu di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke Kota Baru malam Sabtu.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok di Kuala Lumpur pada Sabtu dianggap sebagai 'mati syahid'.

Bercakap kepada pemberita, Peguam Hisham Fauzi berkata seramai 10 peguam akan mewakili Husam bagi kes tersebut.

Wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan memasuki IPD berkenaan yang dijadikan mahkamah majistret sementara. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan