DBKL Keluar Notis Dua Jam Kosongkan Padang Merbok

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di sini untuk mengosongkan kawasan itu.

Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata, notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Kita bagi masa sehingga pukul 12.15 tengah hari ini kepada mereka namun jika mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan tindakan akan diambil," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau dikenali Cikgu Bard berkata, kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok itu selepas perhimpunan Black 505 pada Sabtu.

"Semalam seramai 246 orang yang bermalam di sini dan hari ini kita akan bertindak mengikut keadaan semasa serta bergantung kepada arahan DBKL," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan