Black 505: Anwar Desak Pengerusi SPR Dan Timbalan Letak Jawatan

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Anwar berucap pada Himpunan Black 505 di Padang Merbok pada Sabtu. -Foto THE STAR.
Datuk Seri Anwar berucap pada Himpunan Black 505 di Padang Merbok pada Sabtu. -Foto THE STAR.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat mendesak supaya kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.

Beliau berkata, antara sebabnya ialah kegagalan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Anwar juga mendakwa bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bersikap sombong dan tidak layak untuk memimpin suruhanjaya itu.

"Pertama, (pimpinan) SPR 'must go' (perlu berundur)," katanya pada perhimpunan Black 505 di Padang Merbok di sini, Sabtu.

Keduanya, Anwar berkata, beliau menegaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak mempertahankan SPR.

"Mengapa kamu (Najib dan Ahmad Zahid) hendak pertahankan SPR? Bukti SPR. Dakwat kekal dengan jelas tidak cekap, tidak berfungsi dengan baik dan tidak bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Anwar memperjelaskan sekali keputusan mengenai kesemua 89 Ahli Parlimen di bawah Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adazam akan merasmikan majlis berkenaan.

"Ketidakhadiran kita, walaupun tujuannya itu untuk menentang penipuan pilihan raya akan disalahtafsirkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

"Sebab itulah, pimpinan daripada Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS), Lim Kit Siang (DAP) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) dalam mesyuarat menyatakan adalah wajar bagi kami bersama untuk 'lawan' di luar dan dalam Parlimen," katanya.

Berhubung desakan supaya Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan, lebih 16 khemah didirikan di Padang Merbok sebagai tanda berkempen oleh sebahagian peserta himpunan Black 505.

Pemimpin gerakan Asalkan Bukan Umno (Abu), Harris Fatillah Mohamed Ibrahim berkata, tempoh kempen itu akan berlangsung selama dua malam bermula Sabtu sehingga Isnin sebelum berarak ke Parlimen.

"Lebih banyak khemah akan didirikan di Padang Merbok pada malam ini (Sabtu).

"Kita jangkakan lebih banyak akan hadir. Kita rancang untuk dua hari, tetapi kita tak akan pergi selagi (pimpinan) SPR berundur," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan