Tumpahan Minyak: NKVE Sesak Teruk Dari Shah Alam ke Bukit Lanjan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tumpahan minyak sepanjang Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di antara Kota Damansara dan Bukit Lanjan telah menyebabkan kesesakan teruk.

Jurucakap PLUS berkata tumpahan berkenaan berlaku pada pukul 7 malam selepas saluran paip daripada sebuah lori membawa muatan minyak masak bocor di sepanjang NKVE

Ia menyebabkan kesesakan teruk kira-kira 11 kilometer daripada Kota Damansara.

Tweet trafik Plus pada pukul 10 malam memaklumkan trafik masih bergerak perlahan di Kilometer 21 di lebuh raya berkenaan.

Jurucakap berkenaan berkata lorong kiri ditutup untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Pasukan 'Propel Intervention' turut dikejarkan di tempat kejadian selepas saksi melihat asap tebal muncul daripada tumpahan minyak berkenaan.

"Jabatan Bomba telah menasihatkan agar trafik dilencongkan agar pemandu kenderaan tidak lalu di atas kawasan tumpahan minyak.

"Terdapat juga keprihatinan terhadap alam sekitar, kerana mempertimbangkan ia merupakan minyak masak terpakai."

Menggunakan laluan kontra (kenderaan dipandu di laluan bertentangan) adalah tidak mungkin kerana trafik dari arah Shah Alam juga sangat sesak, kata jurucakap berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan