Taib Ingatkan Rakyat Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Ideologi Asing

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Rakyat dinasihat tidak mudah terpengaruh dan terlebih dahulu menilai setiap bantuan serta ideologi yang cuba disemai oleh pihak luar kerana tidak semua sesuai dengan norma masyarakat tempatan.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata bantuan serta ideologi yang kononnya sangat baik itu, seharusnya ditapis berdasarkan pengalaman rakyat membangunkan negara sendiri tanpa perlu campur tangan asing.

"Sebaiknya...apabila bantuan dihulur, ideologi cuba diserap, masyarakat negara ini perlu menilai, adakah ada tekanan di sebalik setiap perlakuan itu?

"Kita sebagai rakyat negara ini perlu menilai semua itu berdasarkan pengalaman, tindakan, kesalahan yang telah dilakukan semasa membangunkan negara kita sendiri tanpa perlu ada penglibatan orang luar, setiap negara mempunyai perbezaan dan pengalaman sendiri dalam proses tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada perasmian majlis Perhimpunan Agung Tritahunan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Kali Ke-14 di sini hari ini. Turut hadir Presiden Saberkas Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Presiden Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Sementara itu, Taib meminta anggota Saberkas yang ditubuhkan 40 tahun lepas agar menjalankan peranan lebih berkesan dalam membantu program pembangunan, khususnya di Sarawak.

"Saberkas mempunyai kematangan dan keupayaan untuk menjalankan peranan agar lebih relevan, tepat serta berkesan dalam membantu pembangunan Sarawak. "Bagaimanapun Saberkas perlu sedar mereka akan berhadapan dengan pelbagai cabaran serta tekanan tidak kira dari dalam atau luar, oleh itu persiapkan diri dengan kemahiran antaranya 'E-Communication' (E-Komunikasi) agar bersesuaian dengan keadaan semasa," katanya.

Pada majlis itu, Taib yang juga bekas presiden Saberkas selama 28 tahun menerima Anugerah Wira Belia Kenyalang atas sumbangannya kepada pergerakan belia selama ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan