Sime Darby: Tiada Kebakaran Di Kawasan Operasinya Di Indonesia

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation pada Sabtu menegaskan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia, dan telah mematuhi sepenuhnya dasar sifar pembakaran dalam operasinya.

"Laporan semasa mengenai titik panas di Riau adalah termasuk dalam kawasan konsesi PT Tunggal Mitra Plantation's (PT MTP)(anak syarikat PT Minamas Gemilang, satu daripada syarikatnya)," katanya dalam kenyataan tiga perenggan di sini, Sabtu.

Menurutnya keseluruhan kawasan konsesi PT MTP ialah 13,836 hektar, dan jumlah kawasan yang ditanam ialah 10,825 hektar dengan 537 hektar terdiri daripada kawasan tapak semaian dan pembangunan dengan bangunan-bangunan, tapak semaian, jalan raya dan jambatan.

"2,474 hektar dihuni penduduk setempat. PT MTP tidak mampu mengawal aktiviti yang dilakukan di luar kawasan operasinya dan di tempat yang dihuni pihak-pihak lain," katanya.

Bagaimanapun, PT MTP akan terus memantau keadaan, bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan membantu menerusi pasukan pencegahan kebakarannya bagi memastikan sebarang bencana diurus dengan sewajarnya, katanya.

Pada Jumaat, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menggesa syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan setempat, dan memastikan mereka tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan