Penyokong Adakan 'Flash Mob' Terakhir Sebelum Himpunan 'Black 505'

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyokong Himpunan 'Black 505' mengadakan 'flash mob' di bandaraya ini pada Jumaat untuk meraih sokongan sebelum himpunan diadakan di Padang Merbok pada Sabtu.

Berbeza 'flash mob' sebelum ini, kumpulan yang dianggotai oleh sembilan orang daripada Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melaungkan kata-kata sokongan dengan nada perlahan sambil berjalan sekitar bandar raya untuk menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan 'Black 505'.

Mereka turut membawa sepanduk yang tertulis, "Kami rakyat Malaysia, Kami bukannya pengganas" dan "Bertenang dan Teruskan Perjuangan Demokrasi".

Demonstrasi berkenaan bermula pada pukul 6 petang di hadapan Pusat Beli Belah Sogo sebelum bergerak ke Stesen LRT Masjid Jamek, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral dan 'Petaling Street' sebelum berakhir di Dewan Himpunan Cina Selangor/Kuala Lumpur.

Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Shariful Azmir Mustafa berkata 'flash mob' berkenaan dirancang pada saat-saat akhir untuk mengajak lebih ramai menyertai himpunan esok.

Tiada anggota polis dilihat mengekori peserta 'flash mob' berkenaan kerana kumpulan itu bebas bergerak sekitar bandar raya ini.

Himpunan 'Black 5050' diadakan bagi menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)kerana pembangkang mendakwa berlaku penipuan sepanjang proses pilihan raya berlangsung. Himpunan berkenaan dianggap sebagai perhimpunan haram di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas penganjur gagal memperoleh kelulusan untuk menggunakan Padang Merbok daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib telah menggesa pihak penganjur mengadakan himpunan di kawasan terbuka dan mencadangkan agar mereka menggunakan Stadium Merdeka.

Beliau berkata padang berkenaan telah ditempah oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 23 Jun untuk mengadakan larian amal dan mereka perlu menyiapkan aspek logistik sebelum hari berkenaan.

Beliau berkata MOM akhirnya telah menangguhkan acara tersebut ekoran masalah jerebu yang semakin membimbangkan pada ketika ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan