Pelantikan Speaker DUN, Angkat Sumpah Adun Pahang Pada 1 Julai I

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Majlis pelantikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengangkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang yang baharu akan diadakan pada 1 Julai depan.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata istiadat pembukaan DUN akan disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 2 Julai dan persidangan penggal pertama DUN ke-13 Pahang bermula sehari selepas itu.

"Setakat ini, kita belum buat keputusan lagi berhubung pelantikan Yang Dipertua DUN, pelantikan ini juga perlu dirunding dengan Sultan Pahang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Keputusan siapa yang akan dilantik memegang jawatan ini hanya akan diketahui pada 1 Julai nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2013 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah pada Sabtu.

Sementara itu, mengulas kenaikan harga tiket parkir Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) daripada 45 sen kepada 60 sen berkuat kuasa 1 Julai depan, Adnan berkata kadar itu dilihat bersesuaian dan tidak membebankan pengguna.

"Kenaikan itu adalah sama dengan kadar kenaikan oleh pihak berkuasa tempatan di negeri lain, dan harga tiket parkir 45 sen ini juga tidak naik sejak tujuh tahun lepas," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan