Palanivel Mahu Mesyuarat Jerebu Dipercepat

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Wilayah (MSC) mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ke-15 yang dijadualkan di Malaysia pada Ogos ini, perlu dipercepatkan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata perkara itu perlu kerana keadaan berjerebu yang semakin serius di rantau ini mesti diatasi secepat mungkin.

"Kalau boleh kami nak percepatkan rundingan ke awal Julai. Kami tidak mahu tunggu sehingga akhir Ogos kerana kami inginkan jalan penyelesaian dicapai secepat mungkin.

"Setakat ini hanya Indonesia dalam kalangan negara Asean yang belum meratifikasi Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (CO5)," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Menurut Palanivel mesyuarat itu dijadualkan dari 19 hingga 21 Ogos ini.

Mengenai ratifikasi C05 dan bantuan pembenihan awan, Palanivel berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Prof Dr Balthasar Kambuaya pada pertemuan Rabu ini.

"Kami menawarkan perkhidmatan pembenihan awan kepada Indonesia kerana jerebu itu berpunca daripada pembakaran hutan di negara mereka.

"Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada Indonesia sama ada mahu menerima (tawaran Malaysia) atau tidak," katanya.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) dengan Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) mengenai perlindungan panda gergasi dan program penyelidikan yang akan dijalankan di Zoo Negara.

Jabatan Perhilitan diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Abd Rasid Samsudin, manakala MZS oleh Presidennya Datuk Sr. Zaharin Md Arif.

Palanivel berkata MoU itu adalah mengenai penjagaan dua beruang panda gergasi yang akan tiba di Zoo Negara pada Disember ini, dan tanggungjawabnya dipikul Jabatan Perhilitan dan MZS.

Katanya ruang eksibit khas yang bakal menjadi kediaman sepasang beruang panda dari China Fu Wa dan Feng Yi untuk tempoh 10 tahun akan datang itu dijangka siap sepenuhnya November ini.

Palanivel berkata kementeriannya juga akan menaik taraf kemudahan di Zoo Negara, antaranya mewujudkan safari malam yang membolehkan pengunjung melawat ke zoo pada waktu malam.

Kementerian itu akan membentangkan kertas kerja berhubung dengan penaiktarafan kemudahan dan infrastruktur Zoo Negara pada mesyuarat kabinet minggu depan, katanya. "Setakat ini hanya Zoo Taiping sahaja yang mempunyai perkhidmatan 'Night Safari' kerana mereka mempunyai kemudahan lengkap. Zoo Negara tidak dapat berbuat demikian kerana kemudahan tidak mencukupi. "Dengan kewujudan 'Night Safari' ini, saya yakin Zoo Negara mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang berkunjung, ditambah pula dengan kemasukan dua ekor panda gergasi terbabit, " katanya.

Program panda gergasi antara Malaysia dan China itu adalah simbolik sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara yang akan dirai tahun depan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan