Naib Presiden PAS Husam Musa Ditahan - Berita Semasa | mStar

Naib Presiden PAS Husam Musa Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Husam Musa di bawa ke balai polis Ampang untuk disoal siasat. -Foto Ihsan Facebook Husam.
Datuk Husam Musa di bawa ke balai polis Ampang untuk disoal siasat. -Foto Ihsan Facebook Husam.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.

Penahanan Husam mengikut seksyen itu disahkan polis menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook PDRM (Polis Diraja Malaysia) pada Sabtu.

Kenyataan itu berkata Husam ditahan pada 4 petang ini di Kampung Pandan, Ampang, Selangor.

Husam di dalam laman twitternya sebelum ini memaklumkan beliau ditahan di Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Selangor A. Thaiveegan mengesahkan mengenai penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok pada Sabtu dianggap sebagai mati syahid.

Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu.

-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan