Muar Catat IPU Bahaya, 10 Kawasan Tidak Sihat

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Muar, Johor kembali kepada tahap berbahaya tengah hari Sabtu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 373, berbanding 276 atau tidak sihat pada sebelah pagi.

Khamis lalu Muar mencatatkan IPU 383 sebelum turun ke paras tidak sihat dengan bacaan 273, Jumaat.

Selain itu, menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawangnya, 10 kawasan merekodkan IPU tidak sihat di seluruh negara dengan tiga daripadanya di Johor iaitu Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang.

Sebanyak 38 kawasan mencatat IPU sederhana dan tiga lagi dikategorikan baik Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan hari ini di tiga negeri yang terjejas teruk dengan bencana jerebu iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata pengetua dan guru besar sekolah terutama di negeri yang teruk dilanda jerebu, perlu sentiasa merujuk panduan dan tanda aras kualiti udara yang dikeluarkan JAS.

Beliau berkata dengan cara itu pihak sekolah boleh mengatur aktiviti yang dilakukan di luar kelas.

"Bagi saya yang penting sekali keselamatan budak yang hendak pergi sekolah terkena jerebu, jerebu bukan cuaca panas sahaja, tetapi kualiti udara ini yang tidak sihat boleh membahayakan kesihatan pelajar," katanya kepada pemberita selepas perasmian Majlis Mencintai Rasul dan Ketibaan Ramadan Al-Mubarak peringkat sekolah-sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), dekat sini Sabtu.

Abdul Ghafar berkata surat pekeliling supaya sekolah ditutup sekiranya IPU mencatat bacaan 300 dan ke atas telah dikeluarkan kepada pihak sekolah di seluruh negara.

"Kalau IPU ini dalam lingkungan 100 lebih sikit macam itu boleh bersekolah seperti biasa, tetapi pihak sekolah tidak digalakkan mengadakan aktiviti luar," katanya.

Pada Sabtu sebanyak 589 buah sekolah di Johor melibatkan daerah Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Pontian ditutup akibat jerebu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan