Malaysia Sedia Tawar Khidmat Bomba Atasi Jerebu Di Indonesia - Abdul Rahman

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Malaysia bersedia menawarkan khidmat bantuan memadam kebakaran di Indonesia sekiranya mendapat permintaan kerajaan Indonesia bagi mengatasi masalah jerebu yang berpunca daripada pembakaran terbuka di negara jiran itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kementerian menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat bersedia menawarkan khidmat bantuan sewajarnya atas semangat negara serumpun.

"Kita (bomba) sudah bersiap siaga kalau ada jemputan atau pelawaan oleh kerajaan Indonesia dan mendapat kelulusan kerajaan Malaysia.

"Kita akan kerahkan petugas dan anggota bomba beserta kelengkapan dan notis 24 jam untuk mengarahkan anggota kita berada di Indonesia bagi membantu memadam kebakaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela di Dewan Masyarakat Tun Said di sini Sabtu.

Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud berkata sebelum ini seramai 1,200 anggota pasukan itu pernah dihantar ke Indonesia ketika mengatasi masalah jerebu yang teruk melanda Asia Tenggara pada 1997.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya akan membekalkan dua Helikopter MI-17 bagi memastikan keberkesanan operasi kebombaan dan misi menyelamat ketika menghadapi sebarang insiden di Sabah dan Sarawak seperti bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Belaga, Kapit bulan lepas.

Beliau berkata helikopter itu akan ditempatkan sementara di Kuching mulai bulan depan bagi membolehkan jabatan itu mencari lokasi sesuai untuk dijadikan pangkalan bagi menempatkan helikopter itu serta anggota bomba yang terlibat.

"Mesyuarat Kabinet lepas mengarahkan kementerian saya menempatkan helikopter bersaiz besar yang berkemampuan untuk misi menyelamat dengan cepat dan teratur," katanya dan menambah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah juga bakal mempunyai pasukan sayap udara.

Abdul Rahman turut memberi jaminan kementeriannya akan sentiasa membantu dan memastikan pasukan bomba sukarela diberi perhatian sewajarnya dan sokongan padu dari pelbagai aspek seperti geran bantuan dan perlindungan insurans.

Menurutnya, jabatan bomba kini memiliki 363 pasukan bomba sukarela di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 15,787 orang.

Pada majlis itu, Rahman menyampaikan geran bantuan pentadbiran RM3,000 kepada setiap 37 pasukan bomba dan menyerahkan dua kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi kelengkapan bantuan pemadam api kepada Pasukan Gugusan Felda Umas dan Zon Silam.

Konvensyen selama empat hari itu disertai 218 anggota bomba sukarela dari seluruh Sabah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan