Malaysia Komited Tangani Jerebu, Tawar Pembenihan Awan Kepada Indonesia - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited mengatasi masalah jerebu dengan menawarkan khidmat pembenihan awan kepada Indonesia.

Beliau berkata dengan inisiatif itu, diharapkan masalah jerebu akan segera berakhir.

Najib berkata demikian dalam laman Twitternya, pada Sabtu.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata Malaysia akan menawarkan khidmat pembenihan awan yang akan disampaikan secara rasmi dalam pertemuannya dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Rabu ini.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan perdana menteri pada mesyuarat kabinet Rabu lepas, yang pada mula mencadangkan supaya Malaysia mengadakan pembenihan awan di kawasan yang dilanda jerebu teruk di negara ini.

Jerebu yang melanda kali ini adalah terburuk berbanding pada 2005 dan 2010 apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras tertinggi melebihi 382 iaitu paras bahaya di Muar. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan