Jerebu: Palanivel Akan Bertemu Rakan Sejawatan Di Indonesia Rabu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel akan bertemu rakan sejawatannya di Indonesia pada Rabu bagi membincangkan cara untuk menangani situasi jerebu yang melanda beberapa negeri di Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata perkara yang akan dibincangkan termasuk mewujudkan pembenihan awan di sana.

"Masalah utama adalah di Sumatra. Walaupun terdapat titik panas dikesan, ia boleh diselesaikan dan kebakaran boleh dipadamkan dalam masa sejam," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Palanivel berkata beliau turut akan berbincang dengan kerajaan Indonesia mengenai cara bagaimana mengawal kebakaran di tanah gambut dan pembakaran terbuka.

Jelas beliau lagi, negara Asean perlu duduk bersama dan berbincang mengenai perkara itu dan menyatakan hasrat terhadap Indonesia untuk mempersetujui Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan Asia Tenggara 2002 (Seatha).

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri mengenai Jerebu Merentasi Sempadan yang dipercepatkan dari Ogos ke Julai depan.

"Amat penting bagi kita untuk menemui beberapa kesimpulan. Ramai orang terjejas akibat jerebu dengan segelintir daripadanya dimasukkan ke hospital. Sekarang musim kemarau dan terdapat banyak titik panas dikesan serta pembakaran terbuka masih diteruskan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan