Jerebu: Malaysia Akan Tawar Khidmat Pembenihan Awan Kepada Indonesia - Palanivel

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Malaysia akan menawarkan khidmat pembenihan awan kepada kerajaan Indonesia untuk membantu mengatasi masalah jerebu yang berpunca daripada pembakaran terbuka di negara jiran itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata tawaran berkenaan akan disampaikan secara rasmi dalam pertemuan beliau dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Rabu depan.

"Perkara ini antara yang akan dibincangkan dalam pertemuan terbabit, bagaimanapun tawaran ini bergantung kepada kerajaan Indonesia sama ada mahu menerimanya," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Palanivel berkata tawaran itu telah dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas.

Beliau berkata pada peringkat awal Perdana Menteri mencadangkan supaya Malaysia mengadakan pembenihan awan di kawasan yang dilanda jerebu teruk di negara ini.

"Cadangan itu, bagaimanapun, tidak dapat dilaksanakan kerana ia tidak dapat menghentikan jerebu daripada melanda kawasan (di negara) ini kerana berpunca daripada pembakaran terbuka di Indonesia," katanya.

Menurut Palanivel, jerebu yang melanda kali ini adalah terburuk berbanding pada 2005 dan 2010 apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras tertinggi melebihi 382 iaitu paras bahaya di daerah ini semalam.

Katanya, mengikut laporan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN, sebanyak 64 titik panas dikesan di kawasan Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia semalam berbanding 187 pada Selasa lepas.

Jumlah titik panas yang dikesan di negara ini pada semalam ialah 11 iaitu tujuh di Pahang dan empat di Sarawak, katanya.

Sementara itu, katanya kementerian bercadang menambah bilangan anggota penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk membolehkan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan terhadap mereka yang melanggar undang-undang alam sekitar. "Bilangan anggota penguatkuasa sedia ada memang tidak mencukupi untuk menjalankan tugas penguatkuasaan itu," katanya dan menurutnya jumlah pegawai dan anggota penguatkuasa di seluruh negara kini adalah 1,565 orang.

Beliau meminta orang ramai memberikan kerjasama kepada JAS dengan memberikan maklumat mengenai pembakaran terbuka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian hotline 1800882727 yang dibuka 24 jam. Identiti pemberi maklumat dirahsiakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan