Himpunan Black 505 Berjaya Dikawal, Tindakan Tegas Terhadap Penganjur - Bakri Zinin

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Meskipun pasukan keselamatan berjaya mengawal perhimpunan haram di Padang Merbok, tindakan tegas tetap akan diambil terhadap pihak penganjur, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

"Kita akan mengambil tindakan terhadap penganjur tersebut seperti mana sedia maklum di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kita akan mengambil tindakan-tindakan susulan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutupan Kejohanan Bola Sepak Terbuka dan Veteran 9 Sebelah Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini Sabtu.

Ditanya jumlah kehadiran orang ramai yang dikatakan kurang berbanding sasaran Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat boleh menilai sendiri perkara itu.

"Kita melihat dari sudut keselamatan, kita dapat uruskan secara berkesan dan masyarakat boleh menilai tentang perhimpunan yang berlaku di Padang Merbok," katanya.

Pakatan Rakyat tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok meskipun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi kebenaran untuk mereka menggunakan di lokasi itu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan