Dua Pegawai DBKL Dikasari Bila Peserta Himpunan Black 505

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari sekumpulan peserta perhimpunan anjuran pembangkang kerana cuba menghalang mereka mendirikan beberapa khemah di Padang Merbok, di sini, Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka.

Akibat tindakan itu, katanya, keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL telah dikasari.

"Dua anggota penguatkuasa DBKL telah dipukul dan sekarang berada dalam van DBKL," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun tidak diketahui tahap kecederaan yang dialami dua anggota penguatkuasa itu.

Pada Jumaat, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat bahawa pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugas mengawal keadaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan