Banyak Manfaat Penggabungan Kementerian Pelajaran & KPT - Idris

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Banyak manfaat diperoleh hasil daripada penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Kementerian Pendidikan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata antara manfaat itu adalah mampu mewujudkan sinergi kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan juga daripada segi kepakaran yang terdapat pada kedua-dua kementerian sebelum ini.

"Dengan penggabungan ini kos akan berkurangan dan program-program juga tidak ada duplikasi...ia akan memberi manfaat kepada rakyat dan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program perdana "Let's Talk And Let's Go Global" anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan dan Jabatan Penyiaran di sini Sabtu.

Idris berkata program anjuran UMT itu merupakan satu contoh bahawa program kerjasama antara pihak institusi pengajian tinggi dan pihak sekolah sama ada peringkat menengah mahupun rendah dapat dilaksanakan dengan baik.

Mengenai usaha untuk memperkasa Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, beliau berkata pihak kementerian akan terus melatih guru Bahasa Inggeris agar lebih mahir dalam penguasaan bahasa global itu. Katanya bukan sahaja mereka perlu mahir dalam bahasa Inggeris malah juga perlu mempunyai pengetahuan luas tentang perkara semasa yang berlaku di peringkat antarabangsa.

"Bukan hanya Bahasa Inggeris sahaja, dalam bidang sains, matematik perlu ditingkatkan, perlu ditingkatkan kemahiran berkomunikasi, perlu ditingkatkan penggunaan teknologi dan banyak lagi perkara," katanya.

Seramai 260 pelajar Tingkatan 4 dari 13 sekolah sekitar Kuala Terengganu menyertai program "Let's Talk and Let's Go Global" dengan diberikan pendedahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selama enam bulan menggunakan pelbagai medium seperti radio, filem, portal pendidikan, media sosial, foto, akhbar dan video. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan