2,000 Perwakilan Umno Terengganu Hadiri Taklimat Pemilihan Parti

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 2,000 perwakilan Umno dari 1,028 cawangan dan lapan bahagian di Terengganu menghadiri taklimat mengenai pemilihan parti yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, Sabtu.

Setiausaha Kerja Umno Malaysia Datuk Abdul Rauf Yusof berkata taklimat itu bertujuan memastikan pemilihan pada setiap peringkat dilaksana dengan baik mengikut pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada 2009.

Terengganu merupakan negeri kelapan dalam siri jelajah penerangan ini, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat itu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Umno Terengganu antara pemimpin parti yang hadir pada taklimat itu.

Umno akan melaksanakan pemilihan pimpinannya tahun ini, bagaimanapun setakat ini hanya tarikh pemilihan peringkat cawangan diputuskan iaitu dari 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pimpinan tertinggi parti belum ditentukan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan