Tidak Perlu Suruhanjaya Siasat Keputusan PRU-13 - Shamsuddin

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Shamsuddin Lias
Datuk Shamsuddin Lias

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu dilantik Datuk Shamsuddin Lias berkata tiada keperluan bagi Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas.

Beliau berkata kerajaan pakatan rakyat Selangor perlu menerima hakikat bahawa pilihan raya telahpun berakhir dan sistem pilihan raya telah dijalankan dengan telus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sepatutnya, kerajaan pakatan (rakyat) Selangor tidak perlu menubuhkan suruhanjaya ini sebab telahpun membentuk kerajaan negeri. "Kena akur dengan keputusan pilihan raya. Mereka yang tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya perlu menggunakan saluran undang-undang yang betul seperti memfailkan petisyen di mahkamah. "Kita ada perlembagaan dan undang-undang di negara yang memberi ruang yang secukupnya kepada semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan PRU-13. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan