Sekolah Perlu Prihatin Jamin Kesihatan, Keselamatan Pelajar Ketika Jerebu - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak sekolah perlu lebih prihatin bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar ketika musim jerebu ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menerusi twitternya hari ini berkata sekolah perlu bertindak sewajarnya mengikut situasi bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar sentiasa terjaga.

"Pihak sekolah perlu lebih prihatin untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar di musim jerebu. Bertindak sewajarnya mengikut situasi," katanya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani pagi Jumaat memaklumkan sebanyak 589 sekolah di Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Pontian diarah tutup setakat ini berikutan kualiti udara tidak sihat di kawasan berkenaan.

Sehingga tengah hari Jumaat, kawasan yang terlibat dengan jerebu di Johor terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi pada 323 iaitu berbahaya.

Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan