Perhimpunan Black505 Diteruskan, Tiada Rancangan Berkumpul Hingga Isnin

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Black505 di Padang Merbok akan diteruskan tetapi tiada sebarang rancangan untuk terus berhimpun di lokasi tersebut sehingga sesi Parlimen Ke-13 bermula Isnin depan, kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.

Beliau berkata tiada arahan daripada Pakatan Rakyat meminta peserta perhimpunan untuk terus berhimpun di Padang Merbok sehingga Parlimen dibuka semula bagi penggal baru selepas Pilihan Raya Umum, 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, Rafizi mengakui beliau tidak pasti mengenai arahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian dalam perhimpunan pada Sabtu.

"Seperti yang kita sedia sedia maklum, tiada sebarang arahan daripada Pakatan kepada peserta untuk terus berhimpun sehingga Isnin.

"Namun saya tidak pasti mengenai arahan diberikan oleh NGO lain yang terlibat," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Ketika ditanya mengenai tahap kesihatan peserta perhimpunan yang perlu diambil kira dalam keadaan jerebu teruk, Rafizi berkata pihak penganjur telah menyediakan pasukan perubatan di lokasi tersebut.

"Kita tidak melihat sebarang keperluan untuk membatalkan perhimpunan itu kerana keadaan jerebu di Kuala Lumpur tidak serius.

"Kita menasihatkan para peserta untuk membawa beberapa botol air dan memakai penutup hidung jika perlu," katanya.

Rafizi berkata Pakatan menasihatkan para peserta perhimpunan untuk berkumpul pada tengah hari sebelum berarak ke Padang Merbok.

"Kami menasihatkan orang ramai untuk berkumpul pada pukul 12 tengah hari di tujuh lokasi yang ditetapkan. Kemudian mereka akan mula berarak ke Padang Merbok pada pukul 2 petang.

"Kami menjangka perhimpunan itu akan bermula kira-kira pukul 3 petang di Padang Merbok.

"Terdahulu kami akan meninggalkan padang pada pukul 6 petang kerana acara larian Olimpik 2013. Kini, tiada masalah, kami menjangka perhimpunan itu akan bermula pukul 3 petang dan akan berlangsung selama dua atau tiga jam," katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka tetapi Rafizi tetap mahu ia diadakan di Padang Merbok.

Pakatan menetapkan tujuh lokasi utama untuk orang ramai berkumpul sebelum berarak ke Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk perhimpunan Black505.

Tujuh lokasi itu termasuk Brickfields, Masjid Negara, Pudu, Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat PAS), Universiti Malaya, pusat beli belah Sogo dan Pekeliling.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad memberi amaran kepada pihak penganjur bahawa tindakan akan diambil ke atas mereka jika tetap ingin mengadakan perhimpunan itu tanpa permit.

Difahamkan beberapa pemimpin Pakatan tidak berminat untuk menyertai perhimpunan itu kerana mereka tidak mahu menanggung risiko kehilangan jawatan sekiranya didenda melebihi RM2,000 kerana melanggar undang-undang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan