Penubuhan Mahkamah Koroner Perlu Ambil Kira Infrastruktur, Jumlah Pakar

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Infrastruktur dan jumlah pakar yang mencukupi perlu diambil kira oleh kerajaan sebelum cadangan untuk menubuhkan Mahkamah Koroner di setiap negeri dapat dilaksanakan, kata Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Naib Presiden PBPM Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan untuk menubuhkan mahkamah berkenaan adalah idea yang baik tetapi memerlukan perancangan teliti sebelum dapat dilaksana.

"Hakikatnya cadangan itu baik. Apa yang tinggal ialah berapa banyak pusat mahkamah diwujudkan, berapa banyak majistret, pathologi dan pakar forensik yang boleh dilantik untuk merealisasikan kemudahan Mahkamah Koroner ini?," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri sebelum ini dilapor berkata kabinet memutuskan untuk menubuhkan Mahkamah Koroner secara tetap di setiap negeri bagi mengendalikan kes kematian dalam tahanan.

Mahkamah itu akan diketuai seorang koroner yang dilantik daripada kalangan majistret gred Jusa C dan dibantu pakar forensik.

Wan Junaidi berkata penubuhan mahkamah itu juga tidak boleh dilihat untuk menyiasat kematian tahanan dalam lokap semata-mata, tetapi patut diperluas kepada kematian lain yang mencurigakan.

Mahkamah Koroner bukan perkara asing apabila ia telah ditubuhkan di beberapa negara termasuk Australia, Kanada, Hong kong, Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Di Hong Kong misalnya, mahkamah ini dipertanggungjawab untuk menyiasat sebab-sebab dan keadaan kematian tertentu umpamanya punca kematian perubatan yang tidak menentu, kematian kemalangan atau kecederaan, kematian jenayah atau jenayah disyaki, kematian pembedahan, tahanan rasmi serta bunuh diri.

Menerusi Ordinan Koronernya, terdapat 20 jenis kematian harus dilapor segera kepada mahkamah itu bagi membolehkan koronernya mengeluarkan perintah pengebumian dan pembakaran geran, memberi pengecualian bedah siasat terhadap mayat mahupun tidak, memerintah polis menyiasat, mengadakan inkues dan sebagainya.

Di Melbourne, Australia pula, Mahkamah Koroner Victoria adalah mahkamah khas yang ditubuh untuk menyiasat beberapa jenis kematian dan kebakaran. Tujuan penyiasatan ini adalah untuk mempertimbangkan cara-cara kematian dan kebakaran yang boleh dielak pada masa depan.

Penganalis jenayah Kamal Affendi Hashim berkata penubuhan mahkamah ini juga dapat melengkap dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem keadilan negara kerana telah mendapat sokongan ramai pihak sebelum dilaksanakan.

"Saya percaya penubuhannya akan memberi impak kepada kepercayaan orang ramai dalam kes-kes yang mencurigakan tetapi perlu penyiasatan rapi.

"Kalau dulu penyiasatan sering menggunakan pendekatan 'ad hoc' tetapi kini ia akan menyelami sebenar sebab kematian berlaku," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan