Pembangkang Tak Perlu Bawa Isu Politik Ke Jalanan, Boleh Bahas Dalam DUN - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Pakatan pembangkang tidak perlu membawa sebarang isu politik terutama di Kedah ke jalanan sebaliknya membawa isu berbangkit untuk dibahas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi diselesaikan.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata apabila politik di bawa ke jalanan akan berlaku huru hara sekaligus memburukkan imej negara di mata pelabur asing yang menyangka Malaysia sebuah negara yang aman.

Katanya politik pada hari ini tidak melibatkan pemimpin politik sahaja dan bila dibawa ke jalanan ia turut melibatkan anak-anak muda yang menyebabkan keadaan tidak terkawal sehingga berlaku rusuhan.

Beliau berkata rakyat tidak boleh mengambil mudah apa yang dinikmati pada hari ini kerana suasana politik yang tegang boleh menjejaskan keharmonian yang wujud di negara ini.

"Masa saya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kita berusaha tarik pelabur asing ke negara ini tetapi bila dipaparkan di televisyen mengenai rusuhan, pelabur bimbang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan semula Rumah-rumah Siap Dibaik pulih di Wisma Umno Jerlun di sini Jumaat.

Mengenai isu-isu yang mahu dibawa pakatan pembangkang, Mukhriz berkata pihaknya akan mempertimbangkan isu-isu yang dibawa pembangkang sekiranya isu tersebut isu rakyat serta mempunyai fakta yang boleh diterima.

"Kalau pembangkang bawa isu yang tidak penting dan sengaja buat kecoh dalam dewan, kita tak akan layan. Kita tak mahu buang masa sebab kita sekarang mahu tunai janji kepada rakyat.

"Saya seru kepada pakatan pembangkang kalau ada isu bangkitkan di sidang dewan secara berhemah," katanya.

Mukhriz berkata kerajaan negeri Kedah tidak akan membenarkan berlaku sebarang perhimpunan haram seperti perhimpunan 'Blackout 505' oleh parti pembangkang yang boleh menyebabkan rusuhan dalam usaha memastikan negeri ini aman dan tenteram.

Katanya menerusi slogan baharu kerajaan negeri iaitu 'Kedah Aman Makmur', beliau mahu rakyat negeri ini terus hidup dalam keadaan aman dan mendapat faedah menerusi pelbagai pembangunan yang bakal dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada majlis penyerahan rumah tersebut, 41 buah rumah yang usang dan rosak di Parlimen Jerlun dibaiki semula pada April lepas oleh syarikat MK Land Holdings bagi membolehkan mereka yang tidak berkemampuan dapat tinggal dengan selesa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan