PDRM Nafi KL Bandaraya Tidak Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.

"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.

"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," kata kenyataan itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan polis daripada 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan