MCA Gantung Keahlian Exco Johor Tiga Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA pada Khamis menggantung keahlian Datuk Tee Siew Kiong selama tiga tahun berkuatkuasa serta merta kerana menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Presiden MCA Datuk Ser Dr Chua Soi Lek berkata anggota Majlis Presiden sebulat suara menerima syor Jawatankuasa Disiplin untuk menggantungkan keahlian Tee kerana melanggar keputusan parti.

Sebelum ini, MCA telah membuat resolusi pada 2011 dan 2012 untuk tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan pusat dan negeri sekiranya parti itu mencatatkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

"Bagaimanapun, Tee mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu selepas menerima surat rasmi penggantungan," kata Dr Chua pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di sini.

Tee, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Sebatang, dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor dalam pentadbiran kerajaan negeri atas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dr Chua berkata jawatan Setiausaha Organisasi Pusat yang disandang oleh Tee sebelum ini akan diambil alih oleh Setiausaha MCA Perak, Datuk Tan Chin Meng.

Pada 14 Jun lepas, Tee melalui kenyataan media mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam parti, sama ada di peringkat pusat dan negeri termasuk Setiausaha Organisasi Pusat, Anggota Jawatankuasa Mesyuarat Agung Parti, serta semua jawatan dalam peringkat cawangan Pontian dan negeri Johor.

Tee turut mengumumkan beliau hanya anggota seumur hidup parti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan