Gerakkan Sistem Pemantauan Kesihatan Kesan Penyakit Berkaitan Jerebu - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pihak berkenaan menggerakkan sistem pemantauan kesihatan bagi mengesan penyakit berkaitan jerebu.

Beliau turut menekankan bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan.

"Sistem pemantauan kesihatan perlu digerakkan untuk mengesan peningkatan penyakit berkaitan jerebu, suka menekankan bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati," katanya dalam tweet terkini beliau pada Khamis.

Setakat 5 petang ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) lima stesen di tahap baik, 40 stesen sederhana dan dua lagi iaitu Bandaraya Melaka serta Bukit Rambai di Melaka pada tahap tidak sihat iaitu masing-masing 150 dan 129.

Sementara itu, di Johor, Kota Tinggi mencatat bacaan IPU 291 dan Larkin Lama 219 manakala Pasir Gudang mencecah tahap bahaya iaitu 333.

Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah cuti dua hari mulai hari ini apabila bacaan IPU yang dicatat pada sebelah pagi adalah pada tahap bahaya iaitu 383.

Tahap IPU dikategori sebagai bahaya apabila bacaan mencecah 301 dan lebih, sangat tidak sihat (201 hingga 300), tidak sihat (101 hingga 200), sederhana (51 hingga 100) dan sihat pada kosong hingga 50. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan