Abdul Kadir Terima Pencalonan Yang Dipertua Dewan Rakyat Asalkan Tiada Maksud Tersirat

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Abdul Kadir Sulaiman
Datuk Abdul Kadir Sulaiman

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman menerima pencalonan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada pakatan pembangkang asalkan pencalonan itu tidak mempunyai maksud yang tersirat.

Abdul Kadir, 74, berkata beliau menerima pencalonon itu sekiranya pakatan pembangkang ikhlas memilihnya berdasarkan pendirian dirinya yang bebas dan tidak terlibat dengan politik, bukannya kerana kepentingan tertentu pakatan itu.

"Kalau hasrat (pembangkang) itu betul, itu saya terima (pencalonan). Ini satu amanah yang saya fikir perlu dipikul untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. "Saya menerima pencalonan ini bukan atas dasar nak bangga, takbur dan sebagainya, tidak terlintas bagi saya semua itu. Ini amanah rakyat pada saya, saya akan kena jawab semula jika saya tidak betul pegang amanah," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Pada Khamis, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan itu sebulat suara menamakan Abdul Kadir sebagai calon bagi Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen penggal ke-13.

Anwar menyatakan kewibawaan dan rekod kerjaya Abdul Kadir selama ini akan menjadikan Parlimen lebih bebas dan pencalonan itu telah dihantar kepada pihak Parlimen pada 10 Jun lepas.

Ditanya apakah yang mampu disumbang sekiranya dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Abdul Kadir berkata dengan pengalaman serta pengetahuannya beliau akan memastikan Dewan Rakyat berfungsi dengan berkesan sebagai medan untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukan medan pergaduhan wakil rakyat.

"Hasrat saya (wakil rakyat) mesti faham maksud kita berbincang dan sebagainya (di Dewan Rakyat) adalah memikul amanah rakyat. Kalau tak faham takkan kita nak panggil berjuta rakyat ke Dewan Rakyat nyatakan masalah mereka.

"Kita kena pergi (Dewan Rakyat) dengan tujuan itu, kalau ada maksud lain tersirat begitu begini semuanya, kita tak jalankan amanah rakyat pada kita," katanya.

Pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat dijadualkan Isnin depan sebelum 222 anggota Parlimen mengangkat sumpah, di Parlimen di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan