MLKN Jalankan Siasatan Terperinci Kes Pelatih PLKN Bersalin

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melahirkan bayi di dalam tandas di sebuah kem, Rabu.

Pengerusinya Datuk Dr Tiki Lafe berkata antara perkara yang akan diteliti ialah bagaimana seorang bakal pelatih yang mengandung boleh "terlepas" ketika pemeriksaan kesihatan.

Prosedur menetapkan seseorang bakal pelatih yang disahkan mengandung oleh doktor perubatan tidak akan dibenar mengikuti latihan PLKN itu, katanya kepada pemberita selepas penutupan latihan PLKN di Kem PLKN Miri, di sini, Khamis.

Pada Rabu, seorang pelatih yang mengikuti latihan di Kem Sri Ledang, Segamat, Johor dilapor melahirkan bayi lelaki di dalam tandas kem itu kira-kira pukul 3 pagi.

Kejadian disedari pihak pengurusan kem yang kemudian menggegaskan remaja itu dan bayinya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Bayi seberat 2.7 kilogram itu bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian, sementara keadaan remaja berusia 18 tahun tersebut dilapor tidak membimbangkan.

Mengulas lanjut, Tiki tidak menolak kemungkinan doktor atau jururawat yang menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas remaja terbabit "terlepas pandang".

"Sewaktu mengikuti latihan PLKN pula, pelatih sendiri perlu memaklumkan kepada pembantu perubatan (MA) dan jururawat yang ditugaskan di setiap kem sekiranya mengandung dan bukan merahsiakannya," kata Tiki.

Beliau turut meminta semua pihak agar tidak saling menuding jari dan menunggu sehingga siasatan selesai. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan