Jerebu: Sekolah Sesi Petang Di Muar Diarah Tutup

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Semua sekolah sesi petang di Muar telah diarahkan tutup buat sementara berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang direkodkan di kawasan ini pada Khamis berada di tahap berbahaya.

Pengarah pendidikan negeri Mohd Nor A.Ghani berkata bacaan IPU mencecah 337 dan arahan penutupan telah dikeluarkan kepada sekolah-sekolah jika bacaan melebihi 300.

Bagaimanapun beliau berkata, pelajar pada sesi pagi tidak dibenarkan pulang ke rumah sehingga sesi pembelajaran berakhir.

"Kita tidak mahu pelajar dibiarkan begitu sahaja dan meninggalkan sekolah tanpa ibu bapa mereka jadi kami telah diarahkan untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa.

"Sekolah-sekolah di kawasan itu bagaimanapun telah diberitahu supaya tidak menjalankan apa-apa aktiviti luar," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah kira-kira 200 buah sekolah rendah dan menengah di Muar telah diberi arahan penutupan jika bacaan IPU melebihi 300.

"Kebanyakan sekolah-sekolah yang terjejas teruk terletak di sepanjang pantai tetapi kita memberikan kuasa kepada sekolah-sekolah itu sendiri untuk membuat keputusan berdasarkan bacaan IPU," katanya.

Beliau berkata setakat ini, tidak ada arahan untuk menutup sekolah-sekolah di kawasan lain di negeri ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar laman web, kawasan-kawasan lain yang telah mencatatkan bacaan IPU tinggi termasuk Kota Tinggi (211), Pasir Gudang (190) dan Larkin Lama (171).

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan