Gelaran 'Datuk' Tidak Diiktiraf Kelirukan Orang Ramai

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penganugerahan gelaran dan anugerah oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai ketua dan pemimpin secara tradisional bukan isu baru, tetapi ia menarik perhatian apabila ucapan tahniah disiarkan dalam akhbar.

Salah satu contoh adalah iklan (gambar) di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 5 Jun lalu yang mengucapkan tahniah kepada 'Datuk' Sebestian Koh, yang telah diberi anugerah Dato Kehormat Undang Naning.

Presiden Majlis Datuk Persekutuan Malaysia Datuk Danny Ooi mengakui berlaku kebimbangan awam terhadap penganugerahan gelaran yang tidak diiktiraf dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

"Ia bukan satu isu baru dan ia telah menjadi perkara biasa bagi individu yang menggunakan gelaran yang tidak diiktiraf sama ada oleh kerajaan persekutuan atau negeri," katanya.

Beliau berkata majlis itu telah merangka satu senarai nama mereka yang diberikan anugerah persekutuan supaya orang awam dapat melihat pengesahan status mereka.

Beliau berharap semua negeri akan mempunyai Majlis Datuk mereka sendiri.

Ooi berkata setakat ini hanya Melaka, Pulau Pinang, Pahang dan Johor mempunyai majlis itu sekarang.

Presiden Majlis Datuk Melaka Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin berkata, hanya anugerah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara yang benar-benar diiktiraf.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan