Ketua Pemuda Umno: Khairy Umum Sama Ada Pertahan Jawatan Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy Jamaluddin. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR
Khairy Jamaluddin. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR

PUTRAJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada Rabu berkata, beliau akan mengumumkan dalam masa terdekat sama ada akan mempertahankan jawatannya itu, pada pemilihan parti kali ini.

Khairy yang juga Menteri Beliau dan Sukan berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.

"Saya sedia maklum cadangan dibuat rakan dalam jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno yang tidak mahu jawatan itu dipertandingkan dan meminta supaya saya terus pegang jawatan itu.

"Sama ada saya akan bertanding pada pemilihan kali ini, itu saya akan umumkan kemudian," katanya kepada pemberita pada majlis penajaan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di pejabatnya di sini Rabu.

Beliau berkata, atas dasar demokrasi yang diamalkan Umno sejak sekian lama beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua Pergerakan itu.

Malah, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan