Kami Tidak Mahu Kelewatan Lagi Pada KLIA2 - Aireen Omar

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, tidak mahu kelewatan lagi pada pembukaan terminal penerbangan tambang rendah, KLIA2.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, berita kelewatan 11 bulan pada pembukaan lapangan terbang baru itu, daripada tarikh sasaran 28 Jun, bukan satu kejutan kepada AirAsia, kerana ia telah menjangkakannya.

"Ini adalah apa yang sentiasa kami ramalkan, iaitu lapangan terbang itu akan hanya siap pada setengah kedua tahun depan.

"Tetapi kami harap tarikh siap 30 April, 2014 adalah tarikh akhir. Kami tidak mampu untuk menangguhkan lagi pelan pengembangan kami," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara telefon dari Paris.

Aireen merujuk kepada pengumuman Malaysia Airports Holdings Bhd pada Selasa tentang tarikh penyiapan baru KLIA2 pada 30 April, 2014, dan akan memulakan operasi pada 2 Mei.

Aireen berkata, dengan penangguhan pembukaan lapangan terbang itu sekarang, kontraktor terbabit harus memastikan keselamatan dan kualiti tertinggi terminal baru itu.

Beliau berkata, AirAsia mengambil berat tentang keselamatan penumpang dan pengguna lapangan terbang itu, jadi ia berharap MAHB dan kontraktor itu harus memastikan terminal itu sedia dari segi teknikal, sistem dan operasi.

Aireen juga berkata AirAsia, sebagai syarikat penerbangan terbesar yang akan menggunakan KLIA2, masih belum menerima apa-apa pemberitahuan daripada MAHB tentang tarikh siap dan operasi baru itu.

"Tentunya, ketidaktelusan sejak dari awal telah menjejaskan semua pihak dari segi perancangan.

"Apa yang mengecewakan kami ialah MAHB patut lebih telus dan jujur tentang perkara ini (kelewatan) sejak dari awal," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan