Kami Akan Hadir Angkat Sumpah Parlimen - Anwar

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum k-13 (PRU-13), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kesemua 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Ketua Pembangkang itu berkata bahawa terdapat salah faham berhubung perkara itu, kerana mereka hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.

"Dengan semangat demokrasi berparlimen, kami membuat keputusan untuk menghadiri hari pertama sidang Parlimen," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.

Sebelum ini, pada majlis taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang yang hadir, iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan