DUN Sabah Terima Maklum Pelantikan Lajim Ketua Pembangkang Sabah

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menerima maklum pelantikan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua pembangkang.

Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said berkata pihaknya tiada halangan terhadap pemilihan Lajim yang dibuat berdasarkan amalan konvensional.

"Pada ketika ini, dewan menyerahkan kepada mereka (pembangkang) kerana dewan tidak ada hak melantik dan bukan tanggungjawab kita untuk menentukan siapa ketua pembangkang.

"Kita mengambil kira sokongan majoriti pembangkang...kita take note tetapi bukan tanggungjawab kita menentukan pelantikan ketua pembangkang di DUN," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, Rabu.

Salleh berkata, pihak dewan telah menerima surat dari Lajim berhubung cadangan menjadi ketua pembangkang pada 11 Jun lepas.

Surat itu turut ditandatangani lima Adun termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Parti Reformasi Sabah (Star) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan beserta surat dari ibu pejabat PKR yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Sementara itu, Lajim, dalam sidang akhbar berasingan, berterima kasih atas perhatian Speaker terhadap pelantikan beliau itu.

Beliau turut menafikan tiada kesepakatan di kalangan wakil rakyat pembangkang termasuk DAP, sebaliknya pelantikan itu mendapat persetujuan kesemua yang berkenaan.

Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.

Persidangan DUN kali ini menyaksikan 12 wakil pembangkang daripada DAP, PKR dan Star. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan