Aspan Alias Bidas DAP

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aspan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tahun lalu.
Aspan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tahun lalu.

PETALING JAYA: Bekas ahli Umno, Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu kini bertindak mengkritik parti pembangkang itu kerana hanya meletakkan sebilangan kecil ahli bukan Cina sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Aspan sendiri merupakan antara yang tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya.

Malah beliau yang juga bekas Veteran Umno Negeri Sembilan membidas DAP kerana mempunyai terlalu sedikit orang bukan Cina memegang jawatan penting dalam parti.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Jika anda mengatakan bahawa anda sedang berjuang untuk rakyat berbilang kaum, anda mesti menunjukkan bahawa parti ini sememangnya diwakili Melayu, Cina dan India," katanya kepada The Star.

Aspan menyertai DAP bersama Adun Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Menurut Aspan, beliau menyertai DAP kerana merasakan bahawa Barisan Nasional (BN) gagal membangunkan perpaduan negara.

Namun katanya beliau kini menyedari bahawa DAP sendiri tidak mempercayai kaum lain, khususnya orang Melayu.

"DAP menyerang BN kerana mendakwa bersifat perkauman, tetapi ramai yang lupa bahawa DAP sendiri mengamalkan dasar perkauman sepenuhnya.

"Saya tidak peduli jika parti mahu memecat saya. Bagi saya menyertai parti politik hanya sebagai medium, namun matlamat saya adalah lebih penting. Tujuan saya adalah untuk mewujudkan perpaduan negara," katanya.

Sejak akhir-akhir ini Aspan semakin lantang mengkritik kedua-dua pihak sama ada Pakatan Rakyat dan juga BN dalam entri blognya (http://aspanaliasnet.blogspot.com/).

Aspan berkata beliau mengambil keputusan untuk bersuara kerana bimbang tentang keharmonian kaum di negara ini.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan Aspan itu kerana kecewa apabila tidak dipilih bertanding dalam pilihan raya.

Beliau juga menolak semua dakwaan Aspan dan menyifatkan ia sebagai "tidak penting".

"Dia hanya seorang ahli biasa. Dia boleh mengatakan apa yang dia mahu. Kepimpinan parti akan bertindak balas apabila diperlukan, "katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan