Umno P. Pinang, JKP Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa Lengkapkan Siasatan

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang dan JKP Sdn Bhd (JKP) iaitu pemilik bangunan Menara Umno akan bekerjasama dengan pihak berkuasa serta kerajaan negeri untuk melengkapkan siasatan berhubung kejadian runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini, Khamis lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya tiada halangan atau masalah untuk memberi kerjasama demi kepentingan semua pihak.

"Kami akan beri kerjasama serta bantu untuk siasatan...cuma Umno negeri minta semua pihak agar tidak mempolitikkan kejadian itu. Saya kesal kerana banyak pihak termasuk Anggota Parlimen Tanjung (Ng Wei Aik) yang mempersoalkan kebenaran pembinaan bangunan itu pada 1995.

"Bangunan itu dibina dan dimiliki oleh sebuah syarikat swasta pada tahun 1995 dan kemudian dibeli oleh Amanah Capital Berhad sebelum dijual kepada JKP pada tahun 2005," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang hanya menyewa pejabat di dua tingkat dalam bangunan setinggi 21 tingkat itu sejak 1995.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuduh Umno atau pemilik bangunan itu bertanggungjawab atas kemalangan yang disebabkan bencana alam iaitu ribut dan kilat.

"Pengerusi Umno Pulau Pinang pada masa itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau orang paling layak menjawab segala persoalan. Masa tu kami masih muda dan tidak pegang apa-apa jawatan, Anwar selaku timbalan perdana menteri ketika itu boleh jawab sebab dia tahu segala-galanya dan kami hanya mewarisi bangunan ini," katanya.

Beliau berkata bangunan itu juga dibina dengan bantuan pakar perunding angin dari Australia untuk memastikan angin kencang tidak menjejaskan struktur bangunan.

Kejadian ribut yang menyebabkan penebat kilat di bangunan itu runtuh pada 6.45 petang Khamis lepas mengorbankan seorang lelaki, Jahir Sulaiman, 46, apabila lori yang dinaiki bersama rakan sekerja dihempap runtuhan, manakala seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus setelah pasukan mencari dan menyelamat menemui sebuah kereta Honda City berwarna kelabu terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu.

Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pukul 8 pagi Isnin bagi mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan