Tragedi Bot: Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Sungai Rajang Akan Jalani Ujian DNA

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELAGA: Mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Rajang pada Isnin lalu berdekatan rumah panjang Rh.Lat iaitu perjalanan lebih sejam dari Giam Bungan, lokasi tragedi bot ekspres karam Belaga, pada 28 Mei lepas, dipercayai seorang daripada dua penumpang yang masih hilang.

Ketua Polis Daerah DSP Bakar Sebau berkata, rakan mangsa pada Isnin datang balai polis di sini setelah mendengar berita penemuan mayat itu.

"Beliau percaya mayat yang telah reput itu ialah Marice Ajan, 22, pekerja penyelenggaraan di sebuah syarikat swasta di Empangan Hidro Elektrik di Bakun dekat sini, dilihat daripada jean biru, jaket kulit hitam dan seluar dalam merah yang dipakai mangsa.

"Berdasarkan rekod kami, mangsa ialah dari Rh.Anthony di Nanga Dap, Kanowit," katanya sebelum meneruskan rutin operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada Selasa.

Menurut Bakar, mayat dihantar ke Hospital Umum Bintulu untuk dibedah siasat.

"Kami amat mempercayai bahawa mangsa ialah Maurice tetapi kita hanya dapat memastikan 100 peratus selepas ujian DNA (deoxyribonucleic) dilakukan. Ibu mangsa berada di sana (hospital) untuk memberikan ujian sampel darah," katanya.

Dalam perkembagan lain, Bakar yang bertanggungjawab dalam operasi SAR itu memberitahu Bernama, bahawa 13 penyelam dan anggota lain daripada pasukan Polis Marin akan pulang ke Lahat Datu, Sabah bagi meneruskan tugas mereka dalam Ops Daulat.

"Mereka telah membantu kami dalam operasi mencari kedudukan bot 'Kawan Mas' yang karam,", katanya.

Beliau juga berkata enam penyelam, seorang jurutera tentera laut dan anggota lain dari Therra Horizon, syarikat di bawah Petronas akan cuba untuk menimbulkan bot tersebut di lokasi kira-kira 350 meter daripada tempat ia karam, di Giam Bungan, dijangka tiba, di sini Selasa.

Kapten Khairul Azeman Mokhtar, penasihat teknikal sebelum ini berkata, mereka akan membawa lebih RM2 juta peralatan untuk tugas rumit itu yang dijangka mengambil masa lebih tiga hari, berdasarkan penilaian awal.

Bot 'Kawan Mas' dikatakan membawa lebih 200 penumpang berbanding 64 penumpang yang dibenarkan, apbila terlanggar batu lalu karam di Sungai Rajang pada 8.45 pagi.

Sehingga kini, seramai 213 penumpang dilaporkan selamat, dua masih hilang dan satu disahkan mati. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan