Pilihan Raya Kerajaan Tempatan: Tindakan Selangor Bertentangan Dengan Perlembagaan Persekutuan - SPR

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Datuk Wan Ahmad Wan Omar

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan pertama mereka kerana ia bertentangan dengan Perkara 95A-95 E, Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata, akta mengenai pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan sejak zaman konfrontasi lagi dan sekiranya mana-mana kerajaan negeri hendak mewujudkan kembali akta berkenaan mereka perlu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Tanpa merujuk kepada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, kerajaan Selangor tidak boleh mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

"Semua wakil negeri juga ada dalam majlis ini. Justeru apa juga keputusan yang ingin dilaksanakan ia perlu selaras dengan peruntukan Perlembagaan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang dilaporkan berkata pilihan raya tempatan pertama negeri itu akan dilaksanakan sebelum penghujung tahun depan.

"Saya tetapkan tarikh akhir untuk pilihan raya pertama sebelum hujung tahun depan. Ini tarikh yang disasarkan.

"Rang undang-undang sudah dirangka dan ia sepatutnya dibentangkan di dewan lebih setahun lalu, tetapi beberapa soalan berbangkit dan cadangan ini kemudian ditarik balik," kata Teng dalam satu temu bual yang dipetik daripada portal berita MalaysiaKini yang disiarkan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata SPR merupakan satu-satunya badan yang dilantik oleh Perlembagaan untuk menguruskan pilihan raya di negara ini.

"Pilihan raya kerajaan tempatan adalah di bawah tanggungjawab SPR. Tidak ada badan lain diberi kuasa untuk laksanakan pilihan raya selain SPR.

"Kerajaan Selangor perlu meminta SPR laksanakan pilihan raya kerajaan tempatan berkenaan. Mereka tidak boleh menubuhkan suruhanjaya khas untuk melaksanakannya," katanya.

Beliau berkata, sebelum mengambil sebarang tindakan, kerajaan Selangor juga perlu merujuk kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan mereka tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan.

Pada 2010, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat rasmi kepada SPR meminta suruhanjaya berkenaan mengadakan pilihan raya memilih anggota majlis tempatan bagi kedua-dua negeri itu.

Bagaimanapun permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi kerana tidak wujud peruntukkan di dalam Perlembagaan yang membenarkan pilihan raya di peringkat itu diadakan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan