Penebat Kilat Runtuh: Polis Teliti CCTV Di Tempat Kejadian

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang akan meneliti kamera litar tertutp (CCTV) yang terdapat di tempat kejadian bagi menjalankan inkues untuk mengesahkan kematian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah mendapat rakaman CCTV itu.

"CCTV itu dipasang berhampiran tempat kejadian dan berdasarkan rakaman awal yang kami lihat, ia merakam kejadian runtuhan itu. Apa yang saya boleh maklumkan kami akan gunakan CCTV itu untuk siasatan inkues itu.

"Memang ada kehadiran kereta mangsa di tempat kejadian dan kami akan teliti lebih rapi rakaman yang diperoleh itu," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis juga mendapati nombor casis kereta milik mangsa yang dilaporkan hilang itu sepadan dengan nombor kereta yang dijumpai dalam timbunan runtuhan berkenaan.

"Kami juga mendapat satu laporan polis daripada seorang saksi yang memaklumkan dia nampak kereta mangsa dihempap antena yang jatuh dari bangunan berkenan," katanya.

Abdul Rahim berkata, tiga perkara itu akan dijadikan bukti untuk pihaknya menjalankan inkues yang bermula Selasa hingga Khamis bagi membolehkan sijil kematian dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa.

Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui sebuah kereta Honda City berwarna kelabu terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu.

Polis mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.

Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pukul 8 pagi Isnin untuk mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan