Lesen Kafe Siber Di KL Dan Labuan Akan Dibeku Sementara

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) menyampaikan anugerah kepada Iznariza Che Izham (kanan) dari Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Kuala Lumpur, Selasa.  Foto BERNAMA
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) menyampaikan anugerah kepada Iznariza Che Izham (kanan) dari Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Kuala Lumpur, Selasa. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengeluaran lesen kafe siber di Kuala Lumpur dan Labuan akan dibeku buat sementara dalam usaha kerajaan membanteras masalah sosial di premis itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, tindakan itu terpaksa diambil untuk mengatasi masalah kafe siber yang ada di antaranya bertukar menjadi tempat judi siber dan tindakan pemilik kafe siber menyalahguna lesen yang telah diberi kepada mereka.

"Putrajaya tidak terlibat kerana tidak ada kafe siber di sana. Masalah ini tidak boleh dibiarkan lagi kerana masalah kafe siber yang menyalahgunakan lesen ini sudah terjadi berulang kali," katanya kepada pemberita selepas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, Selasa.

Seramai 715 petugas dan pegawai menerima anugerah iaitu 450 orang menerima pengiktirafan daripada Tengku Adnan dan selebihnya daripada anggota Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, banyak pemilik lesen kafe siber tidak jujur dalam perniagaan mereka dan ini boleh dilihat apabila kebanyakan premis itu dipasang dengan cermin gelap.

"Sampai ke satu tahap kami sudah tidak boleh terima lagi kerana membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun masuk ke dalam kafe siber seperti ini," katanya.

Sementara itu, Adnan berkata, beliau akan membawa masalah jerebu yang melanda Kuala Lumpur ke kabinet pada Rabu.

Beliau berkata, mungkin beberapa peraturan baharu akan diperkenalkan sebagai langkah sementara kerana masalah itu bukan sahaja akan memberi kesan kepada sektor pelancongan tetapi juga kesihatan warga Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan