Kualiti Udara Tidak Sihat Di Pasir Gudang, Larkin Lama, Kota Tinggi, Kemaman

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di empat lokasi di negara ini kekal pada tahap tidak sihat berdasarkan Indeks Pencemaran Udara.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Johor merupakan negeri yang paling menerima kesan – Pasir Gudang (142), Larkin Lama (116) dan Kota Tinggi (107).

Ini diikuti oleh Kemaman di Terengganu (103) di mana bacaan kekal pada tahap yang tidak sihat sejak Ahad.

Kualiti udara di tempat-tempat lain di negara ini kekal antara baik dan sederhana.

Kualiti udara di Malaysia direkodkan sebagai IPU atau Indeks Pencemaran Udara.

Terdapat empat komponen indeks pencemaran iaitu karbon monoksida, ozon, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.

Kadar IPU dikira berdasarkan berikut: Baik (0-50), Sederhana (51-100), Tidak Sihat (101-200), Sangat Tidak Sihat (201-300) dan Berbahaya (300 ke atas).

Setakat pukul 8.13 pagi Selasa, imej satelit dari Pusat Pakar Meteorologi Asean mendedahkan bahawa terdapat 113 kawasan panas di Sumatera, akibat jerebu.

Dilaporkan, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, beliau akan mempengerusikan satu mesyuarat pada 20 Ogos ini dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand bagi membincangkan perkara itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan