Jerebu: PM Nasihat Orang Ramai Kurangkan Aktiviti Luar, Minum Lebih Banyak Air

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan keadaan jerebu semasa di negara ini menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar dan minum lebih banyak air.

Perdana Menteri berkata penjagaan kesihatan perlu menjadi keutamaan untuk semua orang berikutan keadaan jerebu di Malaysia dijangka bertambah buruk dalam beberapa hari lagi dengan tiupan angin membawa asap dari tompok panas di Sumatera, Indonesia.

"Hanya semalam sahaja, keadaan kualiti udara di Melaka mencapai tahap bahaya," katanya Najib dalam laman Facebooknya Isnin.

Mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS), kualiti udara di seluruh negara bertambah baik sedikit hari ini dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan hanya empat kawasan merekodkan bacaan tidak sihat berbanding enam kawasan pada Ahad.

Empat kawasan tersebut ialah Bandaraya Melaka dengan bacaan IPU 102, Balok Baru (114) dan Indera Mahkota (107) di Kuantan dan Kemaman (121) di Terengganu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan