Insinerator Bakal Dibina Di Taman Beringin, Kepong Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Insinerator berteknologi tinggi dengan kapasiti membakar 1,000 tan sampah bakal dibina di kawasan pinggiran ibu negara tahun depan untuk menampung keperluan pelupusan sisa pepejal.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata sebuah kawasan berkeluasan 1.6 hektar, bersebelahan stesen pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong di sini, dicadangkan sebagai tapak insinerator itu.

Tender untuk pembinaan insinerator itu akan dibuat secara terbuka kepada kontraktor dalam dan luar negara dan permohonannya akan dibuka selewat-lewatnya September ini, katanya.

"Penilaian akan mengambil sedikit masa. Selepas terpilih pemaju juga perlu mendapatkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) terlebih dahulu yang kita jangka akan mengambil masa dalam sembilan bulan.

"Selepas itu baru pembinaan secara fizikal dapat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas meninjau rutin harian pekerja Alam Flora Sdn Bhd mengutip sisa pepejal di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Alor, Bukit Bintang, di sini Selasa.

Tinjauan kira-kira empat jam bermula 6 pagi itu berakhir di stesen pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong.

Pada Mac tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan tender pembinaan insinerator dibuat secara terbuka untuk mendapatkan tawaran terbaik.

Abdul Rahman berkata kementerian akan berbincang dengan pihak-pihak bertanggungjawab untuk mengkaji keperluan mekanisme tertentu bagi menyelesaikan masalah lebihan kapasiti di pusat pemindahan sisa pepejal Taman Beringin, sebelum pembinaan insinerator itu selesai.

"Insinerator ini nanti boleh membakar 1,000 tan, jadi adalah lebihan sedikit boleh membantu menampung kapasiti sedia ada di pusat pemindahan ini (Taman Beringin) yang sepatutnya hanya berkapasiti 1,700 tan metrik, tetapi sekarang menampung 2,400 tan setiap hari," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata kementerian juga akan melihat keperluan menguatkuasakan dengan lebih serius Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) terutama melibatkan pembuangan sisa pepejal secara haram. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan